Tuesday, 17 September 2013

17/9/2013~

Assalammuallaikum dan 안녕하세요~!!

Hari ini.. tak ada class.
Semalam, coursemate, Yazid, ada bagitahu yang hari ni ada Seminar Bahasa yang dikendalikan oleh mahasiswa tahun 4. Bunyi macam siuk.. tapi pagi ni rasa macam malas nak datang.. so, memang tak datang lah jawapnya. Memang sayanglah tak pergi, sebab agaknya seminar ni amat berguna untuk aku tahun 4 nanti...

Hari ini.. tak ada kerja.
Semalam, kak Maria ada message aku. Punyalah banyak message masuk~! haha.. Salah aku juga, sebab lambat baca. Mula-mula memang malas nak layan.. tak tahu nak cakap apa sebenarnya. Tapi kesian juga bila tengok akak tu macam nak melepaskan geram.. aku pun layan jelah kan. Sebenarnya, aku pun rasa terkilan sikitlah bila dapat tahu aku tidak dipanggil bekerja hari ini.. apa boleh buat, dah bukan rezeki...hehe.

Hari ini.. banyak assignments hendak dibuat.
Semalam, aku malas. Tak buat assignments.. maklumlah baru habis satu presentation, so nak rehat jugalah~ nak recharge otak... dengan melihat K-Drama~! haha.. padahnya, hari ni semakin bergunung kerja yang kena buat~! Haihhh. Satu lagi presentation akan diadakan pada hari Khamis ni.. Slides belum siap! Topik susah sangat~~ =_= Jenis-jenis Morfologi..? Tak ada idea langsung macam mana nak buat!! Nasiblah coursemate, Yazid, tolong jadi spy.. Gambar slides students kelas tutorial group 1 punya presentation~ sama topik juga~! kekeke.

No comments:

Post a Comment